SUKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada awal pagi Isnin, kami pelajar Kolej Permata Pintar menghadiri sesi perhimpunan rasmi seperti biasa. Perhimpunan juga berjalan dengan lancar. Selepas itu, kami meneruskan rutin harian dengan menghadiri sesi PnP di blok pembelajaran. 

Setelah tamat sesi PnP pada pukul 12.30 tengah hari, pada sebelah petang pula, kami mempunyai aktiviti sukantara. Bagi perempuan, kami akan bergerak ke kolam renang bagi sukan water polo dan renang. Setiap rumah sukan wajib menghantar satu kumpulan bagi sukan water polo yang seramai 12 pemain. Sukan water polo ini merupakan sukan seperti bola baling tetapi berlainan situasi di mana water polo ini dimainkan di dalam air. 

Dengan itu, bermulalah semangat kesukanan bagi setiap rumah sukan. Pada petang itu juga, pelajar lelaki akan ke stadium bagi aktiviti sukantara bola tampar. Segala aktiviti ini dikendalikan oleh Exco Sukan dan Permainan beserta coach yang mengajar kami berenang pada setiap hujung minggu.

Pelbagai sorak rumah yang ditunjukkan oleh setiap rumah sukan. Akhir sekali, rumah Emerald mendapat nombor dua dalam sukan water polo setelah kecundang dengan rumah Topaz dengan beza mata sebanyak 1 mata. Walaupun begitu, kami tetap seronok dan gembira dengan pencapaian tersebut. Semangat bersatu padu kami tetap nombor satu.  Pada waktu malam pula diadakan pertandingan badminton dan ping pong secara berseorangan.  Pemain Emerald bermain dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan keseluruhan ahli Emerald.

LATIHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.


1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan
memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

"Apakah menu yang dihidang oleh tukang masak di hotel ini?" tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel itu.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
buat.

Bapa saudaranya memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu
lebih baik dari seorang pemuda lagi.

Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang
syarikat tersebut.

Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa oleh mahkamah atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka
yang syarikat itu anjurkan.

Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang
menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik
menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

Setelah meneliti syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

Buku itu telah dihantar oleh saya kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera diambil.

Pada hari ini, masalah penggunaaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih untuk menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

Pemilikkilang yang masih berdegil dengan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan  supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.


KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi
suka hati kepada pemborong ayam.

EJAAN: Pengusaha
IMBUHAN: sesuka hati

2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan
simen.

EJAAN: Pembinaan
IMBUHAN: beberapa

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

EJAAN: remeh
IMBUHAN: mendiamkan

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.

EJAAN: berjaya
IMBUHAN: berbahaya

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.

EJAAN: kokurikulum
IMBUHAN: melibatkan

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak
berubah.

EJAAN: Walaupun
IMBUHAN: keanak-anakan

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.

EJAAN: laporan
IMBUHAN: melibatkan

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.

EJAAN: Kosmetik
IMBUHAN: diperbuat

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

EJAAN: Kedudukan
IMBUHAN: dicemburui

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

EJAAN: definisi
IMBUHAN: perdebatan

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang
ditawarkan berpatutan juga.

EJAAN: Beraneka
IMBUHAN: terletak

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan
tarian asli yang ditontonkan.

EJAAN: Pelancong
IMBUHAN: dipertontonkan

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya
menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

EJAAN: Calon
IMBUHAN: disahkan

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
perlumbaan kerana suntuk masa.

EJAAN: petrol
IMBUHAN: kesuntukan

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang
kelima.

EJAAN: -
IMBUHAN: menumbangkan

16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

EJAAN: masalah
IMBUHAN: menghadapi

17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

EJAAN: tradisional
IMBUHAN: menyembuhkan

18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisma.

EJAAN: gangsterisme
IMBUHAN: Keruntuhan

19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam
bidang perniagaan dan industri kecil.

EJAAN: vokasional
IMBUHAN: menceburkan

20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan
yang menarik dan penuh semangat sukan.

EJAAN: mempamerkan
IMBUHAN: kesukanan

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.

EJAAN: bertepuk
IMBUHAN: sebaik

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

EJAAN: perasmian
IMBUHAN: melawat

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

EJAAN: prasekolah
IMBUHAN: diperkenalkan

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.

EJAAN: Atlet
IMBUHAN: memenangi

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama
pada waktu puncak.

EJAAN: jalan raya
IMBUHAN: terperangkap

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.

EJAAN: pilihanraya
IMBUHAN: diadakan

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.

EJAAN: Restoran
IMBUHAN: masakan

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

EJAAN: menculik
IMBUHAN: ditangkap

29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat
diri dalam lapangan perniagaan.

EJAAN: Kelayakan
IMBUHAN: melibatkan

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

EJAAN:
IMBUHAN: besar-besaran

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

EJAAN: pihak
IMBUHAN:

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

EJAAN: mendisiplinkan
IMBUHAN: menguatkuasakan

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

EJAAN: maruah
IMBUHAN: menghindarkan

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

EJAAN: bergotong-royong
IMBUHAN: memperlebar

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.

EJAAN: ke-52
IMBUHAN: berbagai-bagai

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

EJAAN: kontraktor
IMBUHAN: menyesali

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

EJAAN: sama ada
IMBUHAN: memastikan

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

EJAAN: kakitangan
IMBUHAN: perkhidmatan

39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

EJAAN: raksasa
IMBUHAN: menasihati

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

EJAAN: membanteras
IMBUHAN: memperbesar


41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

EJAAN: ke-51
IMBUHAN: dirancang

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

EJAAN: agensi
IMBUHAN: menjalankan

43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan
lebih efisyen.

EJAAN: efisien
IMBUHAN: menggubal

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

EJAAN: stesen
IMBUHAN: diperkenalkan

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.

EJAAN:
IMBUHAN: menghadiahi

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.

EJAAN: Sains dan Matematik
IMBUHAN: pelaksanaan

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

EJAAN: seluruh
IMBUHAN: menemukan

LATIHAN PERIBAHASA

Latihan 1

(i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas. 
     Bagai bulan dipagari bintang.

(ii)  Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja. 
     Seperti ayam mematuk anaknya.

(iii)  Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .
     Di mana ada gula, di situ ada semut.

Latihan 2

(i)  Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai .  
      Ada rotan ada duri.

(ii)  Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju . 
     Bagai lembu dicucuk hidung.

(iii) Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya . 
     Bapa borek anak rintik.
Latihan 3

(i)   Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu . 
      Air beriak, tanda tak dalam.

(ii)  Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar   
      Bagaikan kacang lupakan kulit.

(iii)   Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya . 
       Bagaikan kacang lupakan kulit.

Latihan 4

(i)   Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan . 
     Umpama nasi sudah menjadi bubur.

(ii)   Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat . 
      Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

(iii)  Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak . 
     Kepala sama hitam, hati lain-lain.

Latihan 5

(i)  Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya .
    Bagai ular sawa kekenyangan.

(ii)   Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain.
     Seperti lipas kudung.

(iii)   Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tepati mereka tidak akrab seperti dahulu.
     Tiada patah yang tak tempang.

Latihan 6

(i)  Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi.
    Bagaikan kacang lupakan kulit.

(ii)  Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris.
    Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.

(iii)  Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang . 
    Bagai sambau di pintu kandang
Latihan 7

(i)  Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati.
     Mencegah lebih baik daripada mengubati.

(ii)  Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. 
     Jauh perjalanan, luas pemandangan.

(iii)  Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan.
      Bersatu teguh bercerai roboh.

Latihan 8

(i)  Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini . 
       Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(ii)  Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah . 
       Membaca jambatan ilmu.

(iii)  Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut . 
       Menanam tebu di tepi bibir.

Latihan 9

(i)  Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak.
        Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

(ii)   Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut.
        Telur di hujung tanduk.

(iii)  Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya. 
        Pipit itu pipit jugalah lawannya.

Latihan 10

(i)   Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak.
        Bagai pinang dibelah dua.

(ii)  Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
       Bagai menatang minyak yang penuh.

(iii)  Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua . 
        Anak emas.

LATIHAN TATABAHASA

Set Ramalan 1

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
    SUBJEK: Vincent Chong
    PREDIKAT: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang  ke-14.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah         novel.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata sendi yang terdapat dalam ayat di atas.
     dengan



Set Ramalan 2

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     Subjek: Guru
     Predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka
     bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka
      bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas menjadi ayat bersusunan songsang.
      Di dalam kelas itu, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka
      bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     agar

vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     untuk



Set Ramalan 3

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yag terletak di Kuala Lumpur.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Abang saya yang sulung
     PREDIKAT: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di
    Kuala Lumpur.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta
      yang terletak di Kuala Lumpur.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah
      wang untuk menjalani pembedahan.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
      untuk


Set Ramalan 4

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
    SUBJEK: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
    PREDIKAT: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
      bintang kehormatan di Istana Negara.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana
     Menteri itu bintang kehormatan.

v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
     Istana Negara

vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
      menganugerahi



Set Ramalan 5

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Cik Yong
     PREDIKAT:  suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam
     pokok bunga pada hujung minggu.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam
      oleh Cik Susan pada hujung minggu.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam
      pokok bunga pada hujung minggu.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    manakala

vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
      buku cerita



Set Ramalan 6

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Biduanita yang bersuara merdu itu
     PREDIKAT: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam
     Jumaat yang tenang.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak
      tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang
       tenang, biduanita yang bersuara merdu itu.

v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     pada

vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
      biduanita




Set Ramalan 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
     PREDIKAT: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat
     daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam
      pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar                   bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam                             pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar                   bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
     ketiga



Set Ramalan 8

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
     PREDIKAT: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada                     minggu lalu.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     yang

vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
      lembu




Set Ramalan 9

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Bahawa ujian bulan Januari
     PREDIKAT: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan                            Zharafiyah Shaerra.

iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
      Guru bertugas, Puan Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan                       bermula pada pukul 10 pagi.

iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
      akan

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    bahawa

vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
     guru



Set Ramalan 10

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Alilah Sherry
     PREDIKAT: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk
     di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya
      tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
      Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di               kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
     menghadiri