LATIHAN TATABAHASA

Set Ramalan 1

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
    SUBJEK: Vincent Chong
    PREDIKAT: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang  ke-14.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah         novel.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata sendi yang terdapat dalam ayat di atas.
     dengan



Set Ramalan 2

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     Subjek: Guru
     Predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka
     bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka
      bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas menjadi ayat bersusunan songsang.
      Di dalam kelas itu, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka
      bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     agar

vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     untuk



Set Ramalan 3

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yag terletak di Kuala Lumpur.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Abang saya yang sulung
     PREDIKAT: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di
    Kuala Lumpur.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta
      yang terletak di Kuala Lumpur.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah
      wang untuk menjalani pembedahan.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
      untuk


Set Ramalan 4

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
    SUBJEK: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
    PREDIKAT: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
      bintang kehormatan di Istana Negara.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana
     Menteri itu bintang kehormatan.

v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
     Istana Negara

vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
      menganugerahi



Set Ramalan 5

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Cik Yong
     PREDIKAT:  suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam
     pokok bunga pada hujung minggu.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam
      oleh Cik Susan pada hujung minggu.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam
      pokok bunga pada hujung minggu.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    manakala

vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
      buku cerita



Set Ramalan 6

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Biduanita yang bersuara merdu itu
     PREDIKAT: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam
     Jumaat yang tenang.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak
      tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang
       tenang, biduanita yang bersuara merdu itu.

v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
     pada

vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
      biduanita




Set Ramalan 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
     PREDIKAT: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat
     daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam
      pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar                   bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
      Hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam                             pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar                   bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
     ketiga



Set Ramalan 8

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
     PREDIKAT: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas menjadi ayat pasif.
      Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada                     minggu lalu.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
     yang

vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
      lembu




Set Ramalan 9

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
    FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Bahawa ujian bulan Januari
     PREDIKAT: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan                            Zharafiyah Shaerra.

iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
      Guru bertugas, Puan Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan                       bermula pada pukul 10 pagi.

iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
      akan

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    bahawa

vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
     guru



Set Ramalan 10

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
   FN+FK

ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
     SUBJEK: Alilah Sherry
     PREDIKAT: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk
     di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
      Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya
      tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
      Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di               kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
    yang

vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
     menghadiri