Latihan 1
(i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.
Bagai bulan dipagari bintang.
(ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
Seperti ayam mematuk anaknya.
(iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .
Di mana ada gula, di situ ada semut.
Latihan 2
(i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai .
Ada rotan ada duri.
(ii) Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju .
Bagai lembu dicucuk hidung.
(iii) Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya .
Bapa borek anak rintik.
Latihan 3
(i) Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu .
Air beriak, tanda tak dalam.
(ii) Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar
Bagaikan kacang lupakan kulit.
(iii) Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya .
Bagaikan kacang lupakan kulit.
Latihan 4
(i) Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan .
Umpama nasi sudah menjadi bubur.
(ii) Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat .
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
(iii) Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak .
Kepala sama hitam, hati lain-lain.
Latihan 5
(i) Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya .
Bagai ular sawa kekenyangan.
(ii) Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain.
Seperti lipas kudung.
(iii) Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tepati mereka tidak akrab seperti dahulu.
Tiada patah yang tak tempang.
Latihan 6
(i) Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi.
Bagaikan kacang lupakan kulit.
(ii) Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris.
Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.
(iii) Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang .
Bagai sambau di pintu kandang
Latihan 7
(i) Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati.
Mencegah lebih baik daripada mengubati.
(ii) Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional.
Jauh perjalanan, luas pemandangan.
(iii) Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan.
Bersatu teguh bercerai roboh.
Latihan 8
(i) Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini .
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
(ii) Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah .
Membaca jambatan ilmu.
(iii) Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut .
Menanam tebu di tepi bibir.
Latihan 9
(i) Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
(ii) Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut.
Telur di hujung tanduk.
(iii) Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya.
Pipit itu pipit jugalah lawannya.
Latihan 10
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak.
Bagai pinang dibelah dua.
(ii) Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
Bagai menatang minyak yang penuh.
(iii) Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua .
Anak emas.