SUKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada awal pagi Isnin, kami pelajar Kolej Permata Pintar menghadiri sesi perhimpunan rasmi seperti biasa. Perhimpunan juga berjalan dengan lancar. Selepas itu, kami meneruskan rutin harian dengan menghadiri sesi PnP di blok pembelajaran. 

Setelah tamat sesi PnP pada pukul 12.30 tengah hari, pada sebelah petang pula, kami mempunyai aktiviti sukantara. Bagi perempuan, kami akan bergerak ke kolam renang bagi sukan water polo dan renang. Setiap rumah sukan wajib menghantar satu kumpulan bagi sukan water polo yang seramai 12 pemain. Sukan water polo ini merupakan sukan seperti bola baling tetapi berlainan situasi di mana water polo ini dimainkan di dalam air. 

Dengan itu, bermulalah semangat kesukanan bagi setiap rumah sukan. Pada petang itu juga, pelajar lelaki akan ke stadium bagi aktiviti sukantara bola tampar. Segala aktiviti ini dikendalikan oleh Exco Sukan dan Permainan beserta coach yang mengajar kami berenang pada setiap hujung minggu.

Pelbagai sorak rumah yang ditunjukkan oleh setiap rumah sukan. Akhir sekali, rumah Emerald mendapat nombor dua dalam sukan water polo setelah kecundang dengan rumah Topaz dengan beza mata sebanyak 1 mata. Walaupun begitu, kami tetap seronok dan gembira dengan pencapaian tersebut. Semangat bersatu padu kami tetap nombor satu.  Pada waktu malam pula diadakan pertandingan badminton dan ping pong secara berseorangan.  Pemain Emerald bermain dengan bersungguh-sungguh agar tidak menghampakan keseluruhan ahli Emerald.